Selamat Datang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga. Mari bersama-sama kami menyertai Kelantan Pharmacy Day 2017. Pelbagai acara menarik menanti anda semua. Mari bersama-sama mengikuti larian 7km dan 3km sambil menimba ilmu Penggunaan Ubat Berkualiti. Anda juga berpeluang menikmati tempat-tempat menarik di Negeri Kelantan serta merasai kepelbagaian dan keenakan hidangan masakan Negeri Kelantan. Jangan lepaskan peluang, jom sertai kami. Terbuka kepada semua orang awam.
Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun. Program ‘Pharmacy Run’ dan ‘Medication Consultation Day’ telah dipilih untuk diketengahkan pada sambutan kali ini. Idea penganjuran program ini tercetus rentetan wujudnya permintaan dari kalangan anggota kesihatan dan orang awam supaya pelbagai aktiviti sukan dianjurkan bagi meneruskan pembudayaan gaya hidup sihat. Sehubungan itu, pihak jawatankuasa bersepakat untuk memilih acara larian sebagai aktiviti utama pada tahun ini. Program ‘Medication Consultation Day’ pula dicetuskan kerana pihak jawatankuasa mahu masyarakat didedahkan tentang peranan sebenar Ahli Farmasi dan mahu masyarakat menyedari kepentingan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lengkap berkaitan ubat-ubatan.
OBJEKTIF UMUM :
Meningkatkan peranan ahli farmasi dalam penjagaan kesihatan dikalangan masyarakat
OBJEKTIF KHUSUS:
2.1 PHARMACY RUN (3 KM & 7 KM)
2.1.1 Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dikalangan anggota kesihatan dan masyarakat.
2.1.2 Menyampaikan konsep Penggunaan Ubat secara Berkualiti di kalangan masyarakat melalui medium yang lebih santai dan mesra rakyat.
2.2 MEDICATION CONSULTATION DAY
2.2.1 Memberikan khidmat nasihat ubat-ubatan serta meningkatkan kefahaman masyarakat tentang ubat-ubatan.
2.2.2 Memperkenalkan pelbagai khidmat yang ditawarkan berkaitan penjagaan kesihatan dikalangan masyarakat.
2.2.3 Mempromosikan penggunaan ubat berkualiti dan selamat di kalangan masyarakat
Program anjuran Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ini akan melibatkan kerjasama dengan Persatuan Farmasi Malaysia Cawangan Kelantan (MPS-KAC), Persatuan Komuniti Farmasi (MCPG), Duta Kenali Ubat Anda, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Polis Diraja Malaysai serta badan-badan NGO. Gabungan kerjasama ini diharap dapat merealisasikan objektif program secara berkesan dan memberikan impak positif kepada masyarakat.
Antara acara menarik sepanjang program:
- Larian 3 KM
- Larian 7 KM
- Cabutan bertuah
- Pameran
- Khidmat Nasihat ubat-ubatan berkaitan penyakit Diabetes, Respiratori, Kardiovaskular,
Kanak-Kanak, Penggunaan Ubat Berkualiti, Perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian
Methadone, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Pemulangan Ubat, Keselamatan
Pengubatan dan Antibiotik.
- Pertandingan Mewarna
- Persembahan Dikir Farmasi
- Persembahan Choral Speaking
- Game Talk
- Kuiz dan permainan interaktif
- Stesen Farmasi Cilik
- Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan